Saturday, August 14, 2010

Anekdot Antibiotik

14.26kg. berat terakhir Najwa Ilhami yg ditimbang sukat di klinik tanggal 10 Ogos 2010 tempoh hari. patutlah lengan gua naik urat bila dukung dia, dan ye aku paham betapa struggle nya mendukung anak yg lebih berat dari anak aku.

last week,sebelum masuk ramadhan,sempat balik ke kampung di seremban,dan sedang mamanya leka membelek anak kesayangan di waktu petang,tiba2 kelihatan ada lelehan yg telah kering di cuping telinga. diteliti semacam nanah,walaupun Najwa tak lansung menunjukkan tanda2 kesakitan.

terus ke Klinik Pakar Kanak Kanak Sayangku di seremban,berjumpa doktor dan sepantas seorang pakar lansung mendiagnosis anak aku kena infection dlm telinga."ini bukan benda biasa,tp sederhana dan nothing to be scared off" sambil tersenyum doktor berbangsa Cina berpewatakan lembut bersuara,lantas membangkitkan rasa rilek dan chill dalam jiwa kami suami isteri.

dibekalkan antibiotik,ubat titis dan cotton swab, kami terus pulang ke rumah dan berlagak spt pakar,lansung mencuci dan menitiskan ubat dlm telinga cucu Mat Salleh ni,dan yg lebih menghairankan, kalau selama ni Najwa Ilhami binti Khairul Ashraf berpatah arang berkerat rotan tak nak makan ubat,kali ini dengan tersengih dan selambanya menghirup antibiotik sehingga kering ubat dlm syringe dan terus berkata; "nak lagi?" kaget jugak kami sambil berpandangan sesama sendiri. Najwa Ilhami, lu mmg steady.

No comments:

Post a Comment